Hehe, hari ni ada intro plak…selalu nya pakai type je takde greeting langsung…not good not good..
Hari ni hari Isnin. Hari permulaan minggu yang sgt best. Sbb apa? sbb dapat jumpa Ust Don. Terkejut tau tadi, rase macam tak sangka je…eh ustaz Don ke ni..
My sis admitted. Hospital Az Zahra. Dia sendiri pilih hospital tu sbb dekat, nak skip balik umah pun bole.
Td tengahri masa lunch I visited my sis, bwk sekali my lunch mkn dgn sis. Bilik yg kakak admitted ni, share 2 orang. Pesakit sebelah tu ibu yang baru lepas bersalin. Ank yg ke empat. Comel baby boy tu.
Ibu yg baru lepas bersalin kita panggil dia pesakit ke? Tak kan..So I panggil dia ibu la ye.
Masa sampai, ibu ni ada pelawat, tapi langsir semua ditarik, so tak nampak la ibu n baby tu. Cuma dengar suara mereka je berborak.Sedang kami nikmati lunch kami, ada bunyi ketukan pintu, oh suami beliau. Sambil tu si suami bagi arahan ustaz sampai dah. Pakai tudung, pakai tudung. Weol relax je la sbb terselindung dengan kain langsir kan. So I pun makan dan makan dan makan..temankan kakak makan katanya… Kitorang berborak mcm biasa. Dalam pada tu, terdengar suara ustaz tadi bacakan doa untuk baby comel td tu. Dalam hati ni, wah best nya…sbb ada ustaz datang bacakan doa untuk sambut kedatanngan bayi comel ke dunia ni. Bisik hati ni, ‘kalu aku bersalin aku pun nak panggil la ustaz bacakan doa mcm org sebelah ni, tapi ustaz mana nk dipanggil?’ Hmmm baru teringat pak sedara belah suami imam surau taman cuepac, so bole la nanti pak sedara kami bacakan doa untuk our future baby.Selesai baca doa, terdengar ustaz tersebut bertanya pd si suami. Nak nama kan bayi nama apa? And the conversation goes on..tak pasang telinga pun kan. Tapi terdengar la nak namakan Habib. Ustaz tu cadangkan nama Habib rasenya. Maaflah…tak pasang telinga, bak kata bahasa pasar, tak amik port. Hahaha
Makanan pun dah abes, so nak pergi toilet basuh tgn, Dalam pada melangkahkan kaki ke toilet, mata ku terpandang ke arah dua orang lelaki yg sedang berborak di depan pintu. Yg pastinya, lelaki yg berkopiah tu suami ibu tadi dan lelaki berkemeja dan tidak berkopiah adalah mungkin rakan sekerja si suami tadi. Tapiiiiiiiiiiiiii……ok scene ni mcm dalam drama, I nak masuk toilet, tapi automatically I undur balik, sbb?? mcm pernah ku tgk wajah nie..tapi bukan kot, namun lelaki tampan ni senyum balik kt i …so masuk balik toilet tapi undur balik, kenapa dia senyum kat aku??, dia kot…dengan selambanya,….ustaz Don ke nie?
Ye ye saya…kali ni confirm trus masuk dlm toilet sbb nya hati ku berbunga2….selalunya tgk beliau dalam TV je, kali ni lived ok..tak sangka jumpa ustaz yg dikagumi berada dekat dengan kami. Then basuh tgn cepat2, tak sempat nk amik tisu, takut ust Don balik…Tp ust Don masih disitu. So baru la terhegeh2 cari tisu., Bagitau my sis, eh ust Don la sebelah ni…nak amik gambar la…my sis pun setuju, pi la..cepat nanti dia balik…
Hehe, dengan tak malu nya, serius mmg tak malu, pergi dekat ustaz ckp Nak amik gambar bole?hehehe, sambil sengih mcm kerang busuk. Tp ustaz mmg sgt spotting la..Siap posing yg terbaik buat peminat nya ni. Kwn ustaz pun spotting siap offer kan diri nak amik pic sebelum I nak mintak tolong. Dua2 spotting.best!
At the same time, I asked ustaz , kakak saya pun nak bergambar dengan ustaz , bole?
Bole, bole
Dia pun datang ke katil kakak…Assalamulaikum…tu dia..cair hokey
Sakit apa ni? Tak tau la ustaz., kaki bengkak tapi tak tau kenapa.
Ustaz pun dengan lantasnya bacakan doa moga2 penyakit kakak ni sembuh….
Lepas bacakan doa, ustaz pun tazkirah la sikit…ada dua point disitu, satu memberi kata2 perangsang kat kakak, dua, ada maksud tersirat disitu, ustaz punya ayat mcm ni, Sakit ni mmgla dpt meghapuskn dosa2 kita, tapi ia nya juga sebagai tanda peringatan daripada Allah, Allah bole panggil kita bila2 masa sahaja. To me maksud dia kene la bertaubat sebelum kita dijemput Allah. Dah la kakak tu free hair, Semoga lepas ni kakak terbuka hati nak pakai tudung.
I terpaksa selindungkan wajah2 kami atas sebab2 tertentu. Ye...kami takut 'Along' cari kami nanti. hehehe..
bole terima tak reason tu?
No comments:
Post a Comment