Tuesday, 28 May 2013

Frozen foods

Salah satu perkara yang membuatkan saya bahagia adalah shopping barangan dapur (salah satunya la,). Saya suka pergi hypermakrket. Be it Tesco, Carefour , Giant or Mydin. Ambik-masuk troli, ambik-masuk troli..Bahagia...duit pun bahagia keluar...hehehe..

Bila tiba di tempat frozen, benda wajib yang akan diambil adalah chicken nugget. Ok dulu saya akan ambik nugget Ayamas. Ayamas kan popular sbb chef Wan asik dok promote kan. So produk pilihan adalah Ayamas la. Namun ada satu ketika tu, nugget ayam yang dibeli tu mcm dah tak rasa mcm selalu saya beli. isi dia macam kosong sikit daripada biasa. Dan salutan dia pun dah tak crunchy bile lps goreng. Kebetulan ada la pulak keluar statement akhbar Ayamas ada campuran bahan kimia. (something like that la) Since that dah tawar hati dengan nugget Ayamas. Dan akhir nya saya beralih ke produk Ramly. Nugget ayam tempura dia mmg terbaik. Kalu beli di hypermarket harga dia mcm mahal sikit berbanding Ayamas. Sbg pengguna bijak, saya beli di kedai Ramly Mart. Haaa, kat Bangi ada satu kedai Ramly, dan tanpa berlengah saya dapatkan kad ahli Ramly, Sbb kalau jadi ahli bole dpt harga murah berbanding harga runcit. Dan juga saya nk sokong produk bumiputra. Bukan nya produk Ayamas tak elok...cume chicken nugget je dah tak sedap...yg lelain masih sedap lagi mcm frankfurter .


Disebabkan saya ada kad Ramly, jadi pilihan lain seperti wedges, fries, chicken meat ball, burger saya shopping je di kedai Ramly mart aje.




Hopefully, stok frozen food saya ni bertahanla sampai ke bulan puasa. Now bila tgk byk stok mknan rajin pulak rasa nak memasak.


Wednesday, 22 May 2013

Home Alone

Mase belom kawen, kalau kene home alone tak kisah. Malah suka. Tgk TV takde org kacau pun.tak payah nak rebut2 remote control. Kan.

Tapi now am home alone. HATE IT.. dah jam 11pm, husband tak balik lagi...sigh~
takut sebenarnya...takut ada HAN_ _..Benci tau bila terdgr bunyi tu la bunyi ni la...sbb fikiran trus melalut fikir benda bukan2. Sbb benda yg bukan2 tu actually happened kat rumah my SIL. just a few block frm here. Kot2 la dia dtg kat rumah ni kan.....menci tau....tgk tu, kat tingkap dh ade sedikit bunyi....

terpaksa berckp dgn belog sendiri. huhu...konon2 tak dgr bunyi ape2. now Astro OASIS jadi peneman.
~syg tolong la balik cepat....tak mandi lagi...nak mandi, tapi takut nak masuk bilik air.~

indah nya kalau ada baby. bole jadi peneman..

Monday, 20 May 2013

My Saturday outing 002

well, the outing is always about wedding. If not, I like to stay  at home doing the house chores. Sementara tunggu my laundry done, just a quick update about my second cousin's wedding. The venue at Dewan Gemilang, Kelana Jaya. Majlis resepsi adalah sebelah mlm. Since our place is quite far from KJ, we moved frm here about 6.30pm and magrib dekat sana. Just afraid of the bad traffic can cause us late.Oh ya, the wedding ade dress code: Black n white. What?? Sebelum ni, kalu pergi wedding, suka hati la nak pakai bj ape kan..sekali yg ni ade dress code. What I can think of, Jubah Hitam je lah. Tapi takpe, my jubah very comfy n feeling arab2 gitu. Sekali sampai sana...hmmmm ade je yg tak ikut theme...

Husband n I are really envy to this family. We like to see the bonding among their family. very closed, unite and caring each other. Ada 5 adik beradik. Semua nya lelaki. Respect to his mom. mcm mane la jaga 5 hero2  time kecik2 tu kan. now semua dah besar pjg, hensem2 dah semua. and semua nya tahu hormat org tua despite of their modern lifestyle. Satu lagi yg best, part baca doa, adik mereka yg ketiga bacakan doa. cool kan. to me cool la... my husband told me that contohi la bik Miera tu. (org jawa panggil bibik kalau pangkat makcik). Eventhough bik Miera tu mother at home, tp dia ade character, mcm wanita bekerjaya gitu.

Our table.

Mostly minah salleh tak ikut theme pun. Dulu Adi ni studied kat oversea. ramai kwn2 dia dtg all the way from queensland. N to my surprise, bila jumpe laki ke pompuan ke, mesti peluk cium pipi kiri kanan. 

cantik the bride

At the same time celebrate birthday Adi, the groom. Sebelah Adi tu doctor yg sambut dia mase dia lahir..
heh? doctor pun dia jemput... maybe doctor tu cik amie nye kawan.

Dulu, the only women in the family, bik miera je, now dah tambah sorang lagi..dayang..welcome to the family.   
Nanti raya kite jumpe ye...insha Allah

Guest book....kene tuka la kot guest book guitar

Doorgift section area.

Dewan Gemilang

Doorgift, at first I received a heart shape, then mintak tukar nk sama mcm husband. sbb kalu nk letak as a deco, biarlah sama, baru cantiksss

Our doorgift


Bapak pengantin. walau botak, still maintain macho. Siap nyanyi tuk anak dia lagu 'Words'...sporting tul cik Amie ni. 

Thursday, 16 May 2013

Just Ramblings


Saya tak tahu berenang. Ada hamba Allah ni suruh saya berenang. Dia suruh saya berenang dari paras yang cetek ke paras yang dalam sehingga lah saya pandai berenang.

Dia berikan saya seorang juru renang aka‘life guard’  untuk saya belajar berenang. Saya pun berenang lah..oh dekat kawasan cetek ni..senang je..bisa aja dong saya berenang. Saya teruskan lagi hingga paras dada..masih bole berenang, sbb kalu penat ada kaki sendiri cecah lantai. Juru renang aka life guard suruh saya mara lagi ke depan. Nampaknya dah paras mulut. Kadang kadang saya lemas tapi saya ada life guard, dia tlg selamatkan saya. Dia ckp buat macam ni, buat mcm ni..saya buat. Tapi saya masih perlukan tgn dia untuk saya berpaut. Saya selamat. Tapi hakikatnya saya belum masih pandai berenang di tempat yang dalam. Saya akan lemas. Saya takut. Buat masa sekarang saya masih ada life guard saya. Tapi sayang nya juru renang aka life guard saya dah tak mahu ajar saya. Dia nak tinggalkan saya. Sampai hati dia. Dalam pada masa saya nk belajar berenang di tempat dalam, dia nak tinggalkan saya. Sampai hati….saya sedih sgt. Saya tak kisah dia nak tinggalkan saya, tapi ajarlah saya berenang dulu.
 
 
 

Wednesday, 8 May 2013

Saya selaku SPR


Masih ada lagi yang berbunyi SPR tak telus.. Haih.. sesiapa yang masih ragu-ragu dengan ketelusan SPR, saya cadangkan supaya anda isi borang menjadi calon sbg ejen parti atau pun kerani pengundian.Kemudian baru anda tahu adakah SPR telus atau pun tidak. GE13 baru baru ni, saya menjadi kerani pengundi. Ada 3 org kerani, sorang kene sebut nama dengan kuat dan periksa jari jemari pengundi. Sorang kene calit dan sorang lagi cop kertas undi  & distribute kertas undi tersebut kepada pengundi. So saya adalah kerani yang tukang cop and edarkan kertas undi tersebut. Buat pengetahuan anda petugas SPR bole terdiri daripada pro kerajaan atau anti kerajaan. And mostly kebanyakkannya cikgu-cikgu yang selalu jadi pertugas SPR sbb nya lokasi itu sendiri dibuat di sekolah2. Tapi saya bukan cikgu, kebetulan rakan saya yg bekerja sbg PTD mencari lagi siapa yg volunteer nk jadi  petugas SPR. So saya mmg nk sgt jadi SPR. Sbb di situ saya bole menjadi saksi sama ada SPR ni telus atau pun tidak.

Seawal 6.45 pagi saya kene ada di sekolah Lai Meng, Jalan Ampang. Tampal poster, setup tempat undi, susun alat tulis. Saya ditugaskan di saluran 7. Saluran yg last sekali.Makanya ada 7 bilik darjah yang digunakan untuk buang undi. Bila last maknenya, saluran 7 adalah saluran untuk pengundi2 muda. Untuk pengundi yg tua2, mereka guna bilik darjah aras bawah, spy mana yg guna wheel chair senang nk buang undi. Bila saya tengok listing pengundi2 di saluran 7, ada 606 pengundi yang dah di allocate kan di saluran 7. Tahun lahir start dr thn 79 hingga la thn 91. Tepat jam 8 pg, dah start buat kerja. Apa yg sy bole ckp, sgt penat sbb 8-1 adalah non stop. Actualy 8 to 5 adalah non stop. Waktu lunch pun takde sebenarnya, curi-curi mkn bila pengundi takde. Kat sini bole la sy bagi tips. Next PRU, kalu nk buang undi, pergi la jam 3 atau 4ptg. Tak payah beratur. Sbb time tu takde pengundi, yg dtg satu dua je. Mana ibu2 yg terpaksa bwk anak kecil dtg la time petang2. Seriously tak payah beratur langsung. Kalu beratur pun dalam 3-4 minit je. Tp kalau nak merasa kemeriahan mengundi, nak beratur pjg2, dtg la pagi2…

 Penat jugak buat kerja cop2 ni, sampai kematu tgn dah. Yg sebut nama tu lagi la…kesian dia.. tujuan dia jerit nama tu sbb ada dua ejen parti sbg contoh saluran 7 saya tu, ada BN n PAS berada dlm saluran tersebut. Mereka pun ada listing tersebut. And mereka akan make sure tick nama yg disebut oleh kerani td. Sbb at the end, total listing SPR yg dah tick kene sama dgn jumlah yg ejen parti (BN and PAS) tick. Fair tak? Telus tak? Tak lupa jugak ejen ni jugak berhak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kalau yg datang mengundi tu disyaki bukan warga Negara Malaysia. Tapi situasi muka2 bangla ke, indon ke dtg mengundi tak pulak kami jumpa. Ok perihal dakwat hitam tu, tp nampak mcm dakwat biru, mcm pakai inai sebenarnya. Kene tunggu kering baru la dakwat tu kekal. Ni tak, lepas kene calit terus nak lap. Mmg la cepat hilang. Kami saluran 7, akan pesan pada pengundi, jangan lap biar dia kering. Mana yg mintak tisu kami tak bagi. Dalam fesbuk masing2 upload pic index finger. Mengundila katakan.. Tak kurang jugak yg sibuk nk buktikan dakwat tu bole hilang…

Now proses kiraan mengundi pula. Tepat jam 5, terus pintu bilik darjah ditutup dan diawasi oleh seorang pegawai Polis diluar bilik darjah. Mula2 kami diarahkan untuk mengira berapa keping kertas undi yg berada dlm kotak undi. Takut2 ada kertas lain menjelma ke kan..total kertas kene sama dengan bilangan pengundi yg telah SPR tick or ejen tick. Kene sama. Lepas tu baru lah proses mengasingkan kertas undi yg pangkah BN dan yg pangkah PAS. Ada 4 kotak disediakan, kotak BN, kotak PAS, kotak Ragu dan kotak Undi Rosak. Sepanjang proses kami mengira, hanya ada satu sahaja undi rosak. Satu kertas undi tersebut tiada apa2 pangkah. Sama ada pengundi tersebut tak tahu nak buat apa, atau tak sokong mana2 parti, atau dia terlupa nak pangkah. Yang lain-lain kertas undi semuanya diterima walaupun dia hanya capkan jari telunjuk yg telah dicalit diatas kertas undi. Sepatutnya kertas undi kenelah dipangkah dengan pen hitam yg disedikan oleh SPR. Mostly mmg pangkah tapi kami juga ada jumpa yang tanda ‘right’, tanda pangkah menggunakan dakwat yg dicalit pada jari, tanda pangkah atas lambang parti…semua tu SPR and ejen bersetuju terima undi tersebut. Janji, tanda2 tersebut mestilah berada di dalam kotak parti yg dipilih. Kalu pengundi tanda dua2 kotak, ianya akan ditolak.

Proses tersebut selesai jam 7.30 mlm. Setelah kesemua barang, dokumen and kertas undi dipack dan dimasukkan ke dalam kotak/tabung undi dan dimasukkan dalam karung warna kuning, baru lah ia nya dihantar ke Sek Aminuddin Baki untuk proses kiraan undi seterusnya. Sy berkira2 kotak/tabung undi/karung kuning tersebut sampai mybe jam 8.30 mlm di sek aminudin Baki. Pegawai polis akan mengiringi sekali tau. Ada 7 kotak/tabung undi/karung kuning yg datang nya dari Sekolah Lai Meng. Tu belum masuk lagi sekolah2 lain. Kalu proses kiraan undi lambat habis di sekolah tu, (mungkin ada ejen yg tak puas hati), maka lambat la kotak undi/karung kuning tu nk sampai ke pusat pengiraan undi. Seterusnya lambat lah SPR untuk mengumumkan siapa yang menang di kawasan tersebut. Dekat fesbuk, ramai complaint lambat sgt SPR nak umum pemenang. Kalau lah rakyat Malaysia faham bagaimana proses flow PRU Malaysia, mungkin takdelah byk complaint. Tugas saya hanya sampai jam 7.30 mlm td. Tugas seterusnya adalah Ketua Tempat Mengundi. Jadi saya tak tahu la apa yg berlaku di sekolah aminuddin baki. Time 7.30 tu dah tak sabar nk balik sbb kepenatan. Tak tunggu pun result dia apa. 9.30 mlm dah terlena. 2.30 pagi baru mandi..

 Kalau bole, saya nak cadangkan pihak SPR sediakan video proses flow PRU 14 seminggu sebelum pilihanraya dan ditayangkan di stesen tv utama di Malaysia. (Macam video nak buat coklat di kilang, drpd buah koko sampai lah coklat tersebut dijual di kedai2 or pasaraya). Start daripada pengundi tu beratur sampailah pengumumam pemenang parliament or DUN dibuat. Biar rakyat Malaysia tahu bagaimana proses PRU dilakukan.  Baru la telus setelusnya..

 Kenangan manis saya ketika bertugas sbg SPR, dapat lihat pelbagai ragam manusia. Oh ya, ada sorang artis dekat saluran 7 dtg mengundi. Penyanyi yang nyanyi lagu Apo kono eh jang.
Dan juga, jumpa ex colleague company lama. Kebanyakkan pengundi saluran 7 muda dan first time. Nampak semua excited. Yg first time siap mengaku first time and mintak penerangan nk buat apa dgn kertas undi tersebut.hehehe…ragam ragam..Anyway its fun but tiring.

Tuesday, 7 May 2013

My saturday outing

1. Menghadiri hari pertunangan anak bos. Not my boss. Org lain punya bos. Hehe. Since she invited me, pergi je lah. Surprisingly her daughter looks like Nad Zainal. Bila cakap dengan bakal pengantin, she replied, "sape Nad Zainal tu, ramai yang ckp macam tu" Nad Zainal femes ape, tak kan tak kenal kot.













2. Visited colleague who was safely delivered a healthy baby boy at home. Ni kes tak sempat nak pergi hospital. Baby dah nak sgt keluar. Alhamdulillah proses kelahiran sgt sekejap dan selamat. Rasa sakit tak lama. Best kan. Pengalaman yang........menyeronokkan? Eh tak..pengalaman yang lain dari yang lain. Hihi. ****bila la i boleh dapat rasa pengalaman bersalin****

Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, 2 May 2013

Kitchen Organizing 001

I like to watch Anna Olsen punya program masakan. The way she cooked sometimes bole buat i terlopong. Khusyuk. Looking at her kitchen...simple n clean. Very organized. I noticed she kept the flour in a jar. So i thought i want to imitate that. So he we go. Somtimes im afraid tht i accidently change the lid. Hopefully no.

Published with Blogger-droid v2.0.2