Wednesday 8 May 2013

Saya selaku SPR


Masih ada lagi yang berbunyi SPR tak telus.. Haih.. sesiapa yang masih ragu-ragu dengan ketelusan SPR, saya cadangkan supaya anda isi borang menjadi calon sbg ejen parti atau pun kerani pengundian.Kemudian baru anda tahu adakah SPR telus atau pun tidak. GE13 baru baru ni, saya menjadi kerani pengundi. Ada 3 org kerani, sorang kene sebut nama dengan kuat dan periksa jari jemari pengundi. Sorang kene calit dan sorang lagi cop kertas undi  & distribute kertas undi tersebut kepada pengundi. So saya adalah kerani yang tukang cop and edarkan kertas undi tersebut. Buat pengetahuan anda petugas SPR bole terdiri daripada pro kerajaan atau anti kerajaan. And mostly kebanyakkannya cikgu-cikgu yang selalu jadi pertugas SPR sbb nya lokasi itu sendiri dibuat di sekolah2. Tapi saya bukan cikgu, kebetulan rakan saya yg bekerja sbg PTD mencari lagi siapa yg volunteer nk jadi  petugas SPR. So saya mmg nk sgt jadi SPR. Sbb di situ saya bole menjadi saksi sama ada SPR ni telus atau pun tidak.

Seawal 6.45 pagi saya kene ada di sekolah Lai Meng, Jalan Ampang. Tampal poster, setup tempat undi, susun alat tulis. Saya ditugaskan di saluran 7. Saluran yg last sekali.Makanya ada 7 bilik darjah yang digunakan untuk buang undi. Bila last maknenya, saluran 7 adalah saluran untuk pengundi2 muda. Untuk pengundi yg tua2, mereka guna bilik darjah aras bawah, spy mana yg guna wheel chair senang nk buang undi. Bila saya tengok listing pengundi2 di saluran 7, ada 606 pengundi yang dah di allocate kan di saluran 7. Tahun lahir start dr thn 79 hingga la thn 91. Tepat jam 8 pg, dah start buat kerja. Apa yg sy bole ckp, sgt penat sbb 8-1 adalah non stop. Actualy 8 to 5 adalah non stop. Waktu lunch pun takde sebenarnya, curi-curi mkn bila pengundi takde. Kat sini bole la sy bagi tips. Next PRU, kalu nk buang undi, pergi la jam 3 atau 4ptg. Tak payah beratur. Sbb time tu takde pengundi, yg dtg satu dua je. Mana ibu2 yg terpaksa bwk anak kecil dtg la time petang2. Seriously tak payah beratur langsung. Kalu beratur pun dalam 3-4 minit je. Tp kalau nak merasa kemeriahan mengundi, nak beratur pjg2, dtg la pagi2…

 Penat jugak buat kerja cop2 ni, sampai kematu tgn dah. Yg sebut nama tu lagi la…kesian dia.. tujuan dia jerit nama tu sbb ada dua ejen parti sbg contoh saluran 7 saya tu, ada BN n PAS berada dlm saluran tersebut. Mereka pun ada listing tersebut. And mereka akan make sure tick nama yg disebut oleh kerani td. Sbb at the end, total listing SPR yg dah tick kene sama dgn jumlah yg ejen parti (BN and PAS) tick. Fair tak? Telus tak? Tak lupa jugak ejen ni jugak berhak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kalau yg datang mengundi tu disyaki bukan warga Negara Malaysia. Tapi situasi muka2 bangla ke, indon ke dtg mengundi tak pulak kami jumpa. Ok perihal dakwat hitam tu, tp nampak mcm dakwat biru, mcm pakai inai sebenarnya. Kene tunggu kering baru la dakwat tu kekal. Ni tak, lepas kene calit terus nak lap. Mmg la cepat hilang. Kami saluran 7, akan pesan pada pengundi, jangan lap biar dia kering. Mana yg mintak tisu kami tak bagi. Dalam fesbuk masing2 upload pic index finger. Mengundila katakan.. Tak kurang jugak yg sibuk nk buktikan dakwat tu bole hilang…

Now proses kiraan mengundi pula. Tepat jam 5, terus pintu bilik darjah ditutup dan diawasi oleh seorang pegawai Polis diluar bilik darjah. Mula2 kami diarahkan untuk mengira berapa keping kertas undi yg berada dlm kotak undi. Takut2 ada kertas lain menjelma ke kan..total kertas kene sama dengan bilangan pengundi yg telah SPR tick or ejen tick. Kene sama. Lepas tu baru lah proses mengasingkan kertas undi yg pangkah BN dan yg pangkah PAS. Ada 4 kotak disediakan, kotak BN, kotak PAS, kotak Ragu dan kotak Undi Rosak. Sepanjang proses kami mengira, hanya ada satu sahaja undi rosak. Satu kertas undi tersebut tiada apa2 pangkah. Sama ada pengundi tersebut tak tahu nak buat apa, atau tak sokong mana2 parti, atau dia terlupa nak pangkah. Yang lain-lain kertas undi semuanya diterima walaupun dia hanya capkan jari telunjuk yg telah dicalit diatas kertas undi. Sepatutnya kertas undi kenelah dipangkah dengan pen hitam yg disedikan oleh SPR. Mostly mmg pangkah tapi kami juga ada jumpa yang tanda ‘right’, tanda pangkah menggunakan dakwat yg dicalit pada jari, tanda pangkah atas lambang parti…semua tu SPR and ejen bersetuju terima undi tersebut. Janji, tanda2 tersebut mestilah berada di dalam kotak parti yg dipilih. Kalu pengundi tanda dua2 kotak, ianya akan ditolak.

Proses tersebut selesai jam 7.30 mlm. Setelah kesemua barang, dokumen and kertas undi dipack dan dimasukkan ke dalam kotak/tabung undi dan dimasukkan dalam karung warna kuning, baru lah ia nya dihantar ke Sek Aminuddin Baki untuk proses kiraan undi seterusnya. Sy berkira2 kotak/tabung undi/karung kuning tersebut sampai mybe jam 8.30 mlm di sek aminudin Baki. Pegawai polis akan mengiringi sekali tau. Ada 7 kotak/tabung undi/karung kuning yg datang nya dari Sekolah Lai Meng. Tu belum masuk lagi sekolah2 lain. Kalu proses kiraan undi lambat habis di sekolah tu, (mungkin ada ejen yg tak puas hati), maka lambat la kotak undi/karung kuning tu nk sampai ke pusat pengiraan undi. Seterusnya lambat lah SPR untuk mengumumkan siapa yang menang di kawasan tersebut. Dekat fesbuk, ramai complaint lambat sgt SPR nak umum pemenang. Kalau lah rakyat Malaysia faham bagaimana proses flow PRU Malaysia, mungkin takdelah byk complaint. Tugas saya hanya sampai jam 7.30 mlm td. Tugas seterusnya adalah Ketua Tempat Mengundi. Jadi saya tak tahu la apa yg berlaku di sekolah aminuddin baki. Time 7.30 tu dah tak sabar nk balik sbb kepenatan. Tak tunggu pun result dia apa. 9.30 mlm dah terlena. 2.30 pagi baru mandi..

 Kalau bole, saya nak cadangkan pihak SPR sediakan video proses flow PRU 14 seminggu sebelum pilihanraya dan ditayangkan di stesen tv utama di Malaysia. (Macam video nak buat coklat di kilang, drpd buah koko sampai lah coklat tersebut dijual di kedai2 or pasaraya). Start daripada pengundi tu beratur sampailah pengumumam pemenang parliament or DUN dibuat. Biar rakyat Malaysia tahu bagaimana proses PRU dilakukan.  Baru la telus setelusnya..

 Kenangan manis saya ketika bertugas sbg SPR, dapat lihat pelbagai ragam manusia. Oh ya, ada sorang artis dekat saluran 7 dtg mengundi. Penyanyi yang nyanyi lagu Apo kono eh jang.
Dan juga, jumpa ex colleague company lama. Kebanyakkan pengundi saluran 7 muda dan first time. Nampak semua excited. Yg first time siap mengaku first time and mintak penerangan nk buat apa dgn kertas undi tersebut.hehehe…ragam ragam..Anyway its fun but tiring.

4 comments:

  1. respek dgn petugas SPR (sukarelawan). kat tempat ngundi saya, siap sukarelawan tu kena maki, tapi dia senyum aje. kalau saya, agaknya dah tarik kot tudung kakak tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..itu mungkin petugas yg jaga di luar kelas. kami yg bertugas dlm bilik darjah senyap je, sbb di dlm kelas di larang membuat bising.hehe..

      Delete
  2. macamana nak jdai petugas SPR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Like my case, my friend approach me and offer to be SPR. Kalu nk apply tu maybe bole tanya rakan2 atau saudara mara yg jadi cikgu mcm mane diorang bole dapat borang SPR / mintak borang di majlis daerah atau majlis perbandaran / pergi website SPR

      Delete