Thursday, 16 May 2013

Just Ramblings


Saya tak tahu berenang. Ada hamba Allah ni suruh saya berenang. Dia suruh saya berenang dari paras yang cetek ke paras yang dalam sehingga lah saya pandai berenang.

Dia berikan saya seorang juru renang aka‘life guard’  untuk saya belajar berenang. Saya pun berenang lah..oh dekat kawasan cetek ni..senang je..bisa aja dong saya berenang. Saya teruskan lagi hingga paras dada..masih bole berenang, sbb kalu penat ada kaki sendiri cecah lantai. Juru renang aka life guard suruh saya mara lagi ke depan. Nampaknya dah paras mulut. Kadang kadang saya lemas tapi saya ada life guard, dia tlg selamatkan saya. Dia ckp buat macam ni, buat mcm ni..saya buat. Tapi saya masih perlukan tgn dia untuk saya berpaut. Saya selamat. Tapi hakikatnya saya belum masih pandai berenang di tempat yang dalam. Saya akan lemas. Saya takut. Buat masa sekarang saya masih ada life guard saya. Tapi sayang nya juru renang aka life guard saya dah tak mahu ajar saya. Dia nak tinggalkan saya. Sampai hati dia. Dalam pada masa saya nk belajar berenang di tempat dalam, dia nak tinggalkan saya. Sampai hati….saya sedih sgt. Saya tak kisah dia nak tinggalkan saya, tapi ajarlah saya berenang dulu.
 
 
 

Wednesday, 8 May 2013

Saya selaku SPR


Masih ada lagi yang berbunyi SPR tak telus.. Haih.. sesiapa yang masih ragu-ragu dengan ketelusan SPR, saya cadangkan supaya anda isi borang menjadi calon sbg ejen parti atau pun kerani pengundian.Kemudian baru anda tahu adakah SPR telus atau pun tidak. GE13 baru baru ni, saya menjadi kerani pengundi. Ada 3 org kerani, sorang kene sebut nama dengan kuat dan periksa jari jemari pengundi. Sorang kene calit dan sorang lagi cop kertas undi  & distribute kertas undi tersebut kepada pengundi. So saya adalah kerani yang tukang cop and edarkan kertas undi tersebut. Buat pengetahuan anda petugas SPR bole terdiri daripada pro kerajaan atau anti kerajaan. And mostly kebanyakkannya cikgu-cikgu yang selalu jadi pertugas SPR sbb nya lokasi itu sendiri dibuat di sekolah2. Tapi saya bukan cikgu, kebetulan rakan saya yg bekerja sbg PTD mencari lagi siapa yg volunteer nk jadi  petugas SPR. So saya mmg nk sgt jadi SPR. Sbb di situ saya bole menjadi saksi sama ada SPR ni telus atau pun tidak.

Seawal 6.45 pagi saya kene ada di sekolah Lai Meng, Jalan Ampang. Tampal poster, setup tempat undi, susun alat tulis. Saya ditugaskan di saluran 7. Saluran yg last sekali.Makanya ada 7 bilik darjah yang digunakan untuk buang undi. Bila last maknenya, saluran 7 adalah saluran untuk pengundi2 muda. Untuk pengundi yg tua2, mereka guna bilik darjah aras bawah, spy mana yg guna wheel chair senang nk buang undi. Bila saya tengok listing pengundi2 di saluran 7, ada 606 pengundi yang dah di allocate kan di saluran 7. Tahun lahir start dr thn 79 hingga la thn 91. Tepat jam 8 pg, dah start buat kerja. Apa yg sy bole ckp, sgt penat sbb 8-1 adalah non stop. Actualy 8 to 5 adalah non stop. Waktu lunch pun takde sebenarnya, curi-curi mkn bila pengundi takde. Kat sini bole la sy bagi tips. Next PRU, kalu nk buang undi, pergi la jam 3 atau 4ptg. Tak payah beratur. Sbb time tu takde pengundi, yg dtg satu dua je. Mana ibu2 yg terpaksa bwk anak kecil dtg la time petang2. Seriously tak payah beratur langsung. Kalu beratur pun dalam 3-4 minit je. Tp kalau nak merasa kemeriahan mengundi, nak beratur pjg2, dtg la pagi2…

 Penat jugak buat kerja cop2 ni, sampai kematu tgn dah. Yg sebut nama tu lagi la…kesian dia.. tujuan dia jerit nama tu sbb ada dua ejen parti sbg contoh saluran 7 saya tu, ada BN n PAS berada dlm saluran tersebut. Mereka pun ada listing tersebut. And mereka akan make sure tick nama yg disebut oleh kerani td. Sbb at the end, total listing SPR yg dah tick kene sama dgn jumlah yg ejen parti (BN and PAS) tick. Fair tak? Telus tak? Tak lupa jugak ejen ni jugak berhak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kalau yg datang mengundi tu disyaki bukan warga Negara Malaysia. Tapi situasi muka2 bangla ke, indon ke dtg mengundi tak pulak kami jumpa. Ok perihal dakwat hitam tu, tp nampak mcm dakwat biru, mcm pakai inai sebenarnya. Kene tunggu kering baru la dakwat tu kekal. Ni tak, lepas kene calit terus nak lap. Mmg la cepat hilang. Kami saluran 7, akan pesan pada pengundi, jangan lap biar dia kering. Mana yg mintak tisu kami tak bagi. Dalam fesbuk masing2 upload pic index finger. Mengundila katakan.. Tak kurang jugak yg sibuk nk buktikan dakwat tu bole hilang…

Now proses kiraan mengundi pula. Tepat jam 5, terus pintu bilik darjah ditutup dan diawasi oleh seorang pegawai Polis diluar bilik darjah. Mula2 kami diarahkan untuk mengira berapa keping kertas undi yg berada dlm kotak undi. Takut2 ada kertas lain menjelma ke kan..total kertas kene sama dengan bilangan pengundi yg telah SPR tick or ejen tick. Kene sama. Lepas tu baru lah proses mengasingkan kertas undi yg pangkah BN dan yg pangkah PAS. Ada 4 kotak disediakan, kotak BN, kotak PAS, kotak Ragu dan kotak Undi Rosak. Sepanjang proses kami mengira, hanya ada satu sahaja undi rosak. Satu kertas undi tersebut tiada apa2 pangkah. Sama ada pengundi tersebut tak tahu nak buat apa, atau tak sokong mana2 parti, atau dia terlupa nak pangkah. Yang lain-lain kertas undi semuanya diterima walaupun dia hanya capkan jari telunjuk yg telah dicalit diatas kertas undi. Sepatutnya kertas undi kenelah dipangkah dengan pen hitam yg disedikan oleh SPR. Mostly mmg pangkah tapi kami juga ada jumpa yang tanda ‘right’, tanda pangkah menggunakan dakwat yg dicalit pada jari, tanda pangkah atas lambang parti…semua tu SPR and ejen bersetuju terima undi tersebut. Janji, tanda2 tersebut mestilah berada di dalam kotak parti yg dipilih. Kalu pengundi tanda dua2 kotak, ianya akan ditolak.

Proses tersebut selesai jam 7.30 mlm. Setelah kesemua barang, dokumen and kertas undi dipack dan dimasukkan ke dalam kotak/tabung undi dan dimasukkan dalam karung warna kuning, baru lah ia nya dihantar ke Sek Aminuddin Baki untuk proses kiraan undi seterusnya. Sy berkira2 kotak/tabung undi/karung kuning tersebut sampai mybe jam 8.30 mlm di sek aminudin Baki. Pegawai polis akan mengiringi sekali tau. Ada 7 kotak/tabung undi/karung kuning yg datang nya dari Sekolah Lai Meng. Tu belum masuk lagi sekolah2 lain. Kalu proses kiraan undi lambat habis di sekolah tu, (mungkin ada ejen yg tak puas hati), maka lambat la kotak undi/karung kuning tu nk sampai ke pusat pengiraan undi. Seterusnya lambat lah SPR untuk mengumumkan siapa yang menang di kawasan tersebut. Dekat fesbuk, ramai complaint lambat sgt SPR nak umum pemenang. Kalau lah rakyat Malaysia faham bagaimana proses flow PRU Malaysia, mungkin takdelah byk complaint. Tugas saya hanya sampai jam 7.30 mlm td. Tugas seterusnya adalah Ketua Tempat Mengundi. Jadi saya tak tahu la apa yg berlaku di sekolah aminuddin baki. Time 7.30 tu dah tak sabar nk balik sbb kepenatan. Tak tunggu pun result dia apa. 9.30 mlm dah terlena. 2.30 pagi baru mandi..

 Kalau bole, saya nak cadangkan pihak SPR sediakan video proses flow PRU 14 seminggu sebelum pilihanraya dan ditayangkan di stesen tv utama di Malaysia. (Macam video nak buat coklat di kilang, drpd buah koko sampai lah coklat tersebut dijual di kedai2 or pasaraya). Start daripada pengundi tu beratur sampailah pengumumam pemenang parliament or DUN dibuat. Biar rakyat Malaysia tahu bagaimana proses PRU dilakukan.  Baru la telus setelusnya..

 Kenangan manis saya ketika bertugas sbg SPR, dapat lihat pelbagai ragam manusia. Oh ya, ada sorang artis dekat saluran 7 dtg mengundi. Penyanyi yang nyanyi lagu Apo kono eh jang.
Dan juga, jumpa ex colleague company lama. Kebanyakkan pengundi saluran 7 muda dan first time. Nampak semua excited. Yg first time siap mengaku first time and mintak penerangan nk buat apa dgn kertas undi tersebut.hehehe…ragam ragam..Anyway its fun but tiring.

Tuesday, 7 May 2013

My saturday outing

1. Menghadiri hari pertunangan anak bos. Not my boss. Org lain punya bos. Hehe. Since she invited me, pergi je lah. Surprisingly her daughter looks like Nad Zainal. Bila cakap dengan bakal pengantin, she replied, "sape Nad Zainal tu, ramai yang ckp macam tu" Nad Zainal femes ape, tak kan tak kenal kot.













2. Visited colleague who was safely delivered a healthy baby boy at home. Ni kes tak sempat nak pergi hospital. Baby dah nak sgt keluar. Alhamdulillah proses kelahiran sgt sekejap dan selamat. Rasa sakit tak lama. Best kan. Pengalaman yang........menyeronokkan? Eh tak..pengalaman yang lain dari yang lain. Hihi. ****bila la i boleh dapat rasa pengalaman bersalin****

Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, 2 May 2013

Kitchen Organizing 001

I like to watch Anna Olsen punya program masakan. The way she cooked sometimes bole buat i terlopong. Khusyuk. Looking at her kitchen...simple n clean. Very organized. I noticed she kept the flour in a jar. So i thought i want to imitate that. So he we go. Somtimes im afraid tht i accidently change the lid. Hopefully no.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, 30 April 2013

Foot Reflexology @Bandung

If you want to have a foot reflexology during your trip at Bandung, then I strongly suggest you to stay at Naval Hotel. Why? Coz there are two massage house next and opposite the hotel and it just walking distance. 


Next to the Hotel is ZEN family reflexology. And the opposite Hotel, sorry can't remember but the service quite similar with ZEN they provide you foot and body massage. Only the concept is traditional Chinese ancient.  And mahal sikit extra RP10K. First nite I massage dekat ZEN second nite I massage kat opposite hotel.Sorry 2nd nite tu tak bwk camera.




I snapped a gal next to me. See the service they provided to us. Service 5 bintang, tapi harga kaki 5 shj. RM16 for one hour.
 








 First step, dia akan cuci kaki dulu, and massage2 sikit...kasi bersih dulu, then baru dia bwk pi kat kerusi urut untuk next step.




 Ni pic apa plak ni? Ni small tv screen. During the massage, they will provide you a headphone and small tv screen that attached with you chair.



Before massage they will ask you , nak lelaki ke or perempuan massage u. Of coz I want cewek massage me kan. tp cewek sume occupied.hehe terpaksa pilih cowok yg tinggal. Coz that nite mmg full house. fyi dlm tu mcm ada lebih kurang 50 kerusi and bayang kan  almost 50 kerusi tu occupied. Maknanya tukang urut pun 50 org la kan?

Monday, 22 April 2013

Husband n Wife day out

It’s not a day out but 4 days and 3 nights out..hehehe
We went to Bandung recently together with my in laws.
6 of us fit to a Kia travello van which cost us RM481.50 for Supir service that includes Petrol, toll and parking for the whole 4 days in Bandung.
Quite cheap kan, Bahagi 6, per person only RM80 (Makan tak masuk tau)
During my first visit to Bandung in 2009, I don’t have any desire to come back again.
Why? Masa tu I joined rombongan Cik Kiah gitu…1 bas dalam 40 orang.. You know lah when to handle 40 heads kan. Bila bas nk jalan ada la 2-3 kerat tak sampai ntah mana menghilang.
But for this year, since air fare tix murah, my SIL tiba2 ajak shopping baju raya anak2 dia, we all say YES aje.

TIPS: Make it your own group. 4 -6 or 6-10 people. Try to avoid joining a trip in a large group of people. Precisely for Bandung trip.


Let me share our itinerary:

Day1

-Arrived at Bandar Sasteranegara Airport around 5.30pm (Local time) Delay disebabkan kecelakaan Lion Air di Bali. Rupe-rupenya Lion Air yg nahas di Bali tu departure from Bandung.
-Check In Naval Hotel
-Dinner at Dapur Sangkuriang
-Jalan2 di Paris Van Java, Shopping Mall yg paling famous di Bandung. Butik2 yg terdapat kat paris van java, sama mcm butik2 yg ada kat Midvalley. Fyi, Bags and shoes Charles n keith at Bandung much more variety than KL.. I was like wah, all niceee here…..tp rege dia sama cam kl. Since there’s no allocation at Paris Van Java, I just window shop. Cume beli roti dekat Bread Talk.



Day 2

- Breakfast at Hotel
- Pasar Baru. dari pagi sampai petang you all. Our mission kat pasar baru ni adalah seperti berikut:
     • Telekung
     • Telekung travel
     • Kain Pelekat
     • Baju renang muslimah
     • Buat langsir
     • Kain Cotton Jepun
     • Legging budak2

TIPS: Toilet Pasar baru mmg tak best. Segala ‘Urusan Seri Baginda’ haruslah disettlekan di hotel ye. Kalau tak tahan nk kene buang jugak dekat Pasar Baru, korang redha je la…

TIPS: Fridge magnet dekat Pasar Baru boleh dapat 5 papan dengan harga RP100,000. Tp kalu nak murah lagi, beli ketika pergi lunch. Let say pergi lunch dekat restoran Belacan, kat luar restoran tu confirm ada orang mencari rezeki dengan menjual fridge magnet yg mana bole dapat 6 papan dengan harga RP100,000. (RM32.10). Dengan harga RM32.10 bole dapat 36 fridge magnet. Pepandai la tawar.

-Jalan Cihampelas – Dah exhausted sebenarnya just masuk satu factory outlet. Tak ingat nama dia tp betul2 depan FAVE HOTEL.Dekat sini murah. Toilet pun bersih.
-Rumah Mode (Dulu pergi rasa mcm murah, tapi kali ni pergi rasa mahal sikit)
-Dinner (McD)
-Refleksology – Time to pamper myself. RP50,000 for 1 hour. (RM16 untuk sejam urut kaki) Where can I find this in KL? NAAAADAA. Kat Krabi pun RM25 untuk sejam for foot refleksology


Day3

- Breakfast at Hotel
-Toko3 (Toilet sini bersih)
-Jalan Sukajadi. Here we covered factory outlet mcm The Summit, Heritage, Cascade (Toilet Cascade bersih 5 star)
- Late lunch @ Restoran Belacan
- Secret
-Amanda , Kat sini we all borong brownies, fyi, brownies Amanda is cheaper than Kartikasari. Kat sini I borong 13 kotak brownies. Tapi ada org prefer brownies Kartikasari lg sedap. Tgkla selera masing. To me Amanda pun sedap apa. (Brownies original Amanda RP26000~rm8.34 while Brownies original Kartikasari RP32,500~rm10.43)
-Grande (Recommend to shop T-shirt, very good quality)
-Kartikasari – Dulu I cuma tahu brownies kukus, brownies bakar and pisang bolen adalah ole2 yg perlu dibawa blk KL…Haa kali ni, additional item must buy ialah, Bagelen Cheese. Sedap sgt. Kat KL rasenya tak pernah jumpe lagi And Toast bread. This is a Must Buy ole2. Next time kalu I nk pi lagi nk borong yg ni byk2. Yg ni tahan lama. Kalu brownies, tak thn lama.
-Refleksogy – Again…kaki dah lenguh kene dapatkan service massage. But this one RP60,000 for 1 hour. (RM19.26)



Day4

-Pasar Baru (last minute shopping)
-Kartikasari (last minute shopping)
-Bandung Airport at 12.30 pm
-Departure time 3.15pm



My SIL snap this pic.  Husband and wife in the kandang. very rare situation to us. haha
And sorry for the lousy edit pic.


TIPS : How to convert RP to RM
Kalu nk senang shopping kat sana bole bawak kertas kecik siap2 convert RP to RM
Kalu tak nk bawak kertas or kertas td tu hilang, bole guna kalkulator.

Ni kalau RM321 = Satu juta rupiah
RP10,000 = RM3.21
RP20,000 = RM6.42
RP50,000 = RM16.05
RP75,000 = RM24.07
RP100,000 = RM32.01
RP150,000 = RM48.15
RP200,000 = RM64.20
RP300,000 = RM96.30
RP1,000,000 = RM321

Kalu let say, uol beli RM325 = Satu juta rupiah then guna kalkulator macam ni
10 x 0.325  = RM3.25
20 x 0.325 = RM6.50
50 x 0.325 = RM16.25

Kalau RM320 = Satu juta rupiah
10 x 0.320 = RM3.20
20 x 0.320 = RM6.40
50 x 0.320 = RM16.00
75 x 0.320 = RM24.00
125 x 0.320 = RM40.00
(Kalau 150,500 rupiah darab mcm ni 150.5 x .320 = RM48.16)





Tuesday, 2 April 2013

Air Asia free Seat

Another wacko moment this morning was that searching for a free seat by Air Asia at 4.00 am. As the traffic quite less congested in the morning, I managed to book 2 destinations for year 2014. Crazy huh. (To me it is crazy la)At 12.00 sharp I did try search, but always directed me to waiting room. So masuk tido je la. Dah mengantuk sgt tak mengharap pun nk book apa2. Suddenly dalam jam 3-4 tu bole pulak terjaga. Since laptop pun tak off, pegi kat laptop try search. Walawei, bestnya bila search Air asia tgh2 pagi semua dok tido lagi. Smooth aje. Ticket pun bole tahan murah apa lagi. Proceeeed…Buat payment pun smooth. Request TAC pun laju je dapat. Anda bagaimana. Sudahkah anda mendapatkannya?




I think I have some tips to share bila nk book ticket whenever ada promotion Air Asia ni. Tips ni untuk org yg suka murah2.hihi..Solely purchase airfare tix without extra luggage, meal, insurance, hot seat or skybus tix.To me I try to avoid from using credit card coz ada charge di situ. Sebolehnya guna direct debit. Contohnya guna CIMB Click. Save, takde charges. I pernah kene charged RM40 bila guna credit card. Rm40 tu pun banyak apa. Then let say, duit cukup2 je la nk bayar duit ticket, make sure jgn beli lagi add on baggage or meal. Kalu nk extra baggage beli la next month. Reason being: harga tiket yg murah tu bole dapat within that period je. So bayar je la harga tiket yg murah. Baru la rase ‘MURAH’..hehehe.. then gaji bulan depan baru le beli extra luggage. Guna booking number yg dia bagi kalu nk tambah apa2. Gituuu kaedah nya…bukan apa harga luggage tu sama je tak berubah. Begitu juga harga meal. Beli lambat sikit takpa.. tips ni untuk org kebanyyakkan macam saya. Untuk orang yg berkepuk2 duit dalam bank, please ignore this tips okeh. Bye




See, RM92 je pergi balik bandung



Yang ni, destination ke hong kong RM316 pergi balik..so far this is the best price. Tapi I punya tix bukan seperti yg digambarkan...selepas dah booked 2 destinasi cinta kami, baru la jumpe di atas. Very tempting, tapi duit takdok. Duk diam2

Published with Blogger-droid v2.0.2