Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum


Hari ni  adalah hari kelahiran Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.  12 Rabiulawal  Now berada di office dikala yang lain semua bercuti. Bukan ape ada sedikit kerja yang tertangguh akibat semalam I took EL.

Tahun ni 1434H agak berbeza buat diri ku. Tahun-tahun sudah menjelma nya 12 Rabiulawal, hari tersebut berlalu dgn begitu shj. Bukan bermaksud tak endahkan hari kelahahiran Nabi agung kita. Cume penghayatan di situ agak kurang.
Tahun ni, I try my hard to know better about our prophet Muhammad S.A.W. Firstly telling the truth I'm not a person yang alim-alim. Tp tak alim tu bukan bermksud jahil agama.

Kalau yang free hair berubah kpd pakai tudung, itu nama nya improvement kan. Di situ kita nampak inisiatif sesorang tuk berubah kepada kebaikan. So kita happy tuk dia. Alhamdulillah.Tapi yang sudah bertudung, dari sudut mana pula untuk dia improve? Banyak aspek untuk dibincangkan.

Tapi for my case, salah satu nya adalah dengan mengenal dengan lebih dekat siapa Nabi Muhammad SAW.
Tahun ni, i rase penghayatan nya lebih mendalam sedikit. Well atleast ada improvement di situkan. Rase terkilan dalam diri ni. sbb buku-buku cerita, magazine, motivas i can afford but buku tentang Nabi Muhammad takda kat rumah. Buku biologi Tan Sri Syed Mohktar Al Bukhary bole pulak baca, tapi biologi Nabi Muhammad SAW tidak pulak dibaca. My bad.

Minggu lepas, dekat office, ada anjurkan ceramah tentang sunnah Rasulullah sempena Maulud Nabi, My superior ajak dengar ceramah tersebut. Kalu dia tak ajak , I tak pergi la kot, terima kasih buat H. Waktu ceramah tu, alhamdulillah, I know better about Nabi Muhammad. Ada ketika nya, menitis air mata mendengar kisah hidup baginda.
.
Malam semalam 30 minit bersama ustaz Don. Pun membincangkan tentang Rasullulah. Ustaz Don smlm sangat-sangat menekankan kenal lah Rasul Allah. Kita kene kenal Nabi Muhammad. Ikut sunnah nya. AllahuAkbar. Kata-kata ustaz Don smlm mmg membuatkan hati ini untuk menghayati dengan lebih mendalam tentang sunnah nya.

Maka nya, berselawat la kita ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Amalkan lah sunnah baginda. Bukan hari ni je kita berselawat...hari  hari lain pun teruskan berselawat. Peringatan buat diriku.

Monday, 14 January 2013

Urine pregnancy test result

Salam

Jumaat lepas cukup la 2 minggu usia baby selepas disenyawakan, tapi persenyawaan yg diwar warkan tidaklah menjadi. Belum ada rezeki lagi la uol. Mula mula excited sbb bile test air kencing...hampir hampir nak positif, nampak tak mcm ade satu line lagi tapi samar-samar je. Ramai yg ckp haa ni confirm ni..sbb early pregnancy mmg mcm tu, dia mcm tak clear sgt..Tambah lagi dengan cerita ex colleague, experiance yang sama bile buat test urine samar2 je...tp akhirnya pregnant. So my case i dah mula excited tapi not fully excited, kalau bole nak doctor sahkan 'yes you are pregnant" baru la puas hati kan.
First checking, buat kat office



Second checking, after subuh. Yang ni pun bile buat ade samar2 line dia...excited tapi tak maximum. mcm ade harapan. Dengan itu I put high hope on this. Tinggal lagi confirmation dr doctor je. So I went to normal clinic sbb tak sabar kan nak tahu result. Before buat scan I tunjuk my upt result. Doc pun tak leh nak confirm sbb the color very light. So doc suggest kite buat scan...bile buat scan tak nampak ape pun..tak jumpe pun kantong yg biasa doc jumpe. he suggestted jumpe balik pakar yg i dah met tu. Sekali 4 hb jan baru baru ni i didatangi period!..hmmmm
harapan tinggal harapan..eh belum lagi masih ade secebis lagi harapan...sebelum harapan ku menjadi layu, my ex colleague cerita lagi yang our fren A, last time period jugak tapi berjaya concieve. Will I be the same like her?

(mcm takde line yg satu lagi kan, tapi kalu tengok betul2 ade, sorry camera tak canggih)

Third checking. Lepas period...nahhh...one clear line...kali ni beli yg murah2 aje..ok la i redha...belum ada rezeki lagi. Its ok. Kita cube lagi..23hb Jan ni my next follow up dgn gynea. Sume sume test yg I dah buat ni, I nak tunjuk dekat doc Mashitah. Kasi pencerahan gitew..

 

Thursday, 27 December 2012

Untuk bacaan orang dewasa dan yang dah berkahwin shj

And the boredom hit me today. Kat office ni very the silence. Now headcount 6 orang je.
Nak buat keje pun tak boleh..Bile email je, dapat balik email out from office.

I'm bored. So I write.

Been 2 years married. We are now ready for  lil junior come into our life..
Met gyne today. I was diagnosed PCOS rupanya.
At first my big concern was fibroid or cyst. Alhamdulillah..none of that exist inside me.

So td buat pap smear. She asked me to take off my panties...Aww..malunye..

"Malu la doctor.....Doctor tak malu ke tgk saya punye?" hahaha...Accidently came out frm my mouth..

Doc jawab" Taklah, hari hari saya buat, dah biasa dah"  =)

Everything ok. Alhamdulillah.. Then buat scan. Scan bwh perut tak nampak apa apa pun..., sbb bladder tak penuh.tak nampak ape pun. Then doc advise kite buat scan ikut bawah.....Aduh! Sakit lagi..sbb mase buat pap smear tu mcm sakit sikit. Tapi scan ni tak sakit pun...

Yay...i dapat tengok my own ovari...ada 3 telur and salah satunye tgh matang lagi uol...diameter 18mm. Doc ckp ni dah ok ni..Dinding rahim pun agak tebal. Kalu tebal maksudnye senang telur yg telah disenyawa tu nak lekat. Since I ni PCOS. telur yg matang tu susah nak pecah..doc advise kite pecahkan telur tu...Doc bagi jab yg bole memecahkan telur tersebut...wehuuu...canggih betul dunia sekarang.

" So mlm ni u kene tetttttttttttttt  dengan husband u ok"....kikikiki...
"Kite cube dulu dengan kaedah ni, kalau tak jadi kite gune cara lain. next month u dtg lagi"


Anyway, kalau Allah nak bagi rezeki baby, mungkin hari ni, mungkin esok, mungkin bulan depan or mungkin 5 tahun akan datang...yg penting usaha dan tawakal....

So lepas jumpe doc tu called husband...ckp ckp ckp...before hang up..he wishes me good luck..heh?...
Apa apa la husband.....

** For fertality jab tu I kene charge RM70. yg tu my company tak cover.


 

Monday, 24 December 2012

Project : Let's Read and Explore

I have a small project with my friend ‘M’. Precisely, she initiated first and we execute together. Not me and her, but also involved some of her friends and my friends as well.

A project called ‘Let’s Read and Explore’.


We managed to collect some money from our kind-hearted friends and the total sum was RM330
From the donation, we bought plenty of books at BBW sales to donate to Rumah Bakti Al Kausar located at fasa 4 tambahan Bangi.



Our purpose is that to encourage them to read English books so that they can write and speak well in English later on.  The books that we had for them were story books, exercise books, references, travel, animal books, etc etc.We really hope that they‘ll get inspired when reading those books to achieve their dreams. InshaAllah.

We’ll plan to give the books on 1st January 2013. I pray that everything will run smoothly on that day. Amin.

* There was one colleague at my office not agree with what we are doing now. She'd sceptical whether the children going to read the books or not. In my opinion, atleast this is a small effort that we can do rather than not doing anything. This is the time we encourage them to read from small. If we didn't encourage frm beginning, then your theory is correct. They forever don't like to read. Hence no contribution from her.

Wednesday, 19 December 2012

A book to give away


Who like reading a book?????? (raise your leg plzz..)


I don’t like to read but I force myself reading a book. So I started with Sophie Kinsella’s book. The first book I bought was “A confession of shopaholic”.
Interesting and nice plot and had witty character….plus the language also light and easy…..
Since then, I bought all of the shopaholic series. I had chemistry with her writing. Be it shopaholic series or not I can go along with her writing. I bought at carefour, coz I noticed it’s a bit cheaper than MPH.
(it was 4 years back, baca dalam train pegi keje balik keje)





Suddenly………..

Last year, (last year ke, Big Bad Wolf buat kat MAEPS tu?)……all sophie Kinsella’s book were just only at rm8….rm8 @BBW! Fainted!

Grrrr…..aku beli rm30 ko jual rm8 je…murah nye…, , peeps if you haven’t bought it, go and get it at BBW now at Mines Convention Centre.
It’s really worth every penny you spend.



Ok now,

I have one book which I’m not going to read it.
Bought it at previous BBW sale. I have no idea who is Emily Griffin, but that book was parked under ‘best seller’ item. And best seller item normally was awesome.
Plus it’s hard cover book. Double awesome.

It’s just that…… I had no chemistry or satisfaction reading ‘Love the one you’re with’
So I tried and I tried, I keep on trying to read you ‘book’….
Eventually, ‘Love the one you’re with’ is not my cup of tea….
I plan to give away this book to whoever interested. But make sure you will read ok..
So gals, kalau mahu ini buku…kasi tau haaa…The book still in good condition..
If you are within my place radius (kjg, putrajaya, bangi, ukm, serdang), I can send it by hand, but if you far away, far away, far away…I’ll post for u. =) no worries.



Membaca itu jambatan ilmu.

I still force myself membaca, though flicked 3 pages, dah ngantuk nak tido..






Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, 14 December 2012

Ada apa dengan Tudung Fareeda?

Al kisahnya smlm ai pergi cimb bank kat bangi nak masukkn duit thru cdm. Bole kire tiap tiap bulan la terpaksa visit cimb ni, kalu tak masukkan duit ., keluarkan duit..tu la keje nya.


Sebelah cimb ni ade kedai tudung Fareeda. Tp masa di awal kemunculan ‘Fareeda’, kedai ni mcm tak lah sehangat mcm sekarang. Sejak kebelakangan ni je la, early 2012 tiap kali pegi cimb, mesti ai nampak kedai tudung Fareeda ni penuh dengan umat. Ai punye first thought, dia buat launching kot, maybe ade artis datang so that why ramai orang datang. Next visit to cimb lagi, pun masih ramai orang, so my second thought, maybe kedai dia kecik tak bole nk tampung bilangan customer yg ramai, tu sebab ada yg tunggu di luar. Then visit lagi cimb , still noticed ramai nye orang kat Fareeda tu. So my next thought, hmmm…tak nak amik port la. Malas nk amik port dah.And smlm pegi cimb lagi, pun ramai jugak..oh kali ni ai tak bole tahan, ai tak puas hati, murah sgt ke tudung kat situ, kenapa asik orang ramai je? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Ai pun decide nak jenguk ‘Fareeda’

Bukak pintu je orang yg kat dalam tu mcm nak tersembur keluar. Sekali ai perasan, ooo kene beratur rupenye…Bila dah masuk tu, ai dah tak bole kedepan lagi dah sbb penuh kan. Lelaki pun ada yg beratur juga. Hebat betul penangan Fareeda ni! So ada la kakak sebelah ai tu. Ai tanye dia, nape ramai ni kak? Dia jawab “ awok nok beli tudung ke? Haaa awok beli kan untuk saye bulih? Sape yang dah beli tak boleh masuk doh beli. Doh amik nombor belum” dalam hati ai oh ni kakak org kelate ni…”takde belom belom”, “ amik nombor dulu, tu kat luar tu amik nombor, amik no dulu baru bulih masuk dale ni” Ai tak sempat nk keluar amik nom, kakak ni dah tulun amikkan nom, pantas betul…I like..

“Awok belike saye tudung hok printed tu deh, nanti saye bagi duit ke awok, cashier tu cam dah muko saye dia tak kasi beli doh , awok beratur dulu jap lagi bulih masuk amik tudung.” Kat dalam tu ada mcm border / pagar, ape benda nk panggil benda, mcm airpot or bank tu? Panggil ape tu? Kat Fareeda ni pun ade jugak untuk pastikan customer ikut turn. Selepas pagar tu bukak semua pakat berebut amik tudung yg printed tu. Yang lelaki pun berebut. Tak sangka ai,lelaki pun beli tudung ok. Agak gerun tgk lelaki pun berebut.

Ai org yg kedua last dapat amik tudung chiffon printed tu. Untuk kakak yg pesan tadi. Rupenye customer yg dah beli hanya dibenarkan beli sekali jer. So ai bajet yg lelaki lelaki dok berebut tu mesti si isteri isteri suruh beli..hhihi.Bile nk bayar tu, siap mintak no giliran lagi. Hebat tak penangan tudung Fareeda ni. So tudung td ai dah pass ke tuan nye..tp ai tak nak kekuar lagi, masih nk tgk tudung2 lain. Btw tahu tak tudung yg mereka dok berebut tu harge dia berapa? RM150.00  diulangi RM150.00   ok…bukan rm15.00…sungguh I tak paham…150 tu, mahal wey…igtkan nk la sambar satu…mengenangkan RM150.00  …tak pelah…lain kali je la..



Cantik2, not bad, terpesona jugaklah dgn color2 dia. Semua tudung kat situ material dia adalah chiffon and betingkat2 (ke actualy ade name tudung which I don’t know), dan didatangkan dengan brooch sekali, kalau brooch besar mahal sikit, kalu brooch kecik murah la sikit..murah2 pun , above rm100.00 jugak! Hati ni masih tak puas hati, dengan sape ai nk bertanya ni, sekali ada sales girl Fareeda tgh susunatur tudung. “Adik tudung yg color pink hijau tu berapa?” buat2 tanye laa harge tudung berapa..hik hik hik..gaya adik tu mcm baru kerja jugak la…adik sgt..so ai pun ajak dia borak..hehe…” Dik ramai sgt orang kat sini kenapa ye? Tp harga tudung ni mahal..sanggup diorang beli..siap berebut2 lagi. “ “ kak , time sale ke or time tak sale ke mcm ni la keadaannye customer sentiasa ramai. Tudung mcm ni kan kak harge dia sebenarnye rm200 ade juge 250..sekarang dah turun harga lagi ramai orang beli. Tudung ni dah jadi fenomena dah kak.Ade sekali tu customer ramai sgt sampai terbalik benda ni” adik tu sambil tunjuk ampaian tuk display tudung. “Saya pun rase tudung ni mahal, tp kan bile dah pakai, akak akan rase sedap and nak pakai lagi tudung mcm ni, cube la kak beli” Wahh…wahh..wah…sampai mcm tu sekali. dan kebanyakan yang kakak2 yg membeli di situ semua pakai tudung chiffon tingkat2…maybe I can classify them the real fans of tudung Fareeda. Salute! Dah abes borak pjg ngn adik tu ai keluar dgn tgn kosong je pun…terus menuju cimb nk bayar hutang kredit kad yg berbaki masih byk lagi (damn you kredit kad, kalu tak dah bole sambar selai tudung Fareeda)…huhu





Tp ok la Fareeda ni. Owner dia orang Penang. Seronok i tgk golongan kite maju macam ni. Kire setaraf la dengan brand2 mcm LV , Gucci etc etc. Sbb ape, ai penah dapat email tunjuk butik LV yg dekat paris tu, mat salleh2 ni kene beratur kat luar tu,..punye la ramai yg nk membeli…Gucci yang dekat klcc pun I penah nampak, customer kene beratur dulu before nk masuk. ..what a fanatic customer. Mungkin satu hari ai nk beli la tudung Fareeda ni tp nk tunggu time adik ai kawen tahun depan. Nk beli sekarang mcm takde duit n mahal sgt I rase.. mana tahu tahun depan dia sale 70% ke kan…miahaha





Customer dah menyusut sbb time ni dah lepas aksi rebut-merebut. What a new scene to me.


Published with Blogger-droid v2.0.2