Friday, 24 August 2012

Childhood, Neighborhood

I recall my childhood it was fascinating and truly memorable. Our neighbors were so friendly and so do our family. We talked, we exchanged foods and sometimes we lend our cars whenever neighbors in need. (my father’s car la of kos). We lived in single storey terraced area in harmony environment. We were the first generation living in that settlement. So kira nya I ni adalah anak jati kawasan tu la. Kalau ikutkan majority bukanlah oang kaya tapi adala satu dua family. Bapa bapa kami kerja dengan sector kerajaan dan mostly bukan berpangkat besar. As I remember, jiran sebelah pakai motor, jiran depan pun pakai motor, my dad pulak pakai kerete tapi semua nya kerete second hand. So I like to recall again my childhood memang awesome. I category budak perempuan yang lasak perangai mcm lelaki. (my sibs all boys) During that time my neighbors semua best2. I pegi rumah mereka masuk dan keluar mcm rumah sedara sendiri. Ada yang bagi makan tengahari join anak2 diorang pun ada. Masa tu jiran jiran mcm sedara je. Zaman kecik kecik dulu, I tahu nak main aje. Tak kira pagi , tengahri atau petang. Seingat I kawan-kawan lebih kurang sebaya. Main galah panjang depan rumah, main pondok2 , main longkang, main kat lombong ish ish ish, main rounders, main baling selipar, apa lagi ..main lompat getah start dgn zero point! Ntah apa apa lagi la I main dulu.


Dulu dulu punya style jaga tepi kain orang, kalu jiran dlm kesusahan satu lorong tahu. Tapi ada yang membantu. Yang mengata pun tak kurang juga. I masih ingat jiran sebelah ada masalah rumah tangga, bile diorag gadoh, I dgn my mom pasang telinga kat dlm rumah. Tapi I tak tahu pun pasal apa diorang gadoh. Tapi my mom masa tu hulur kan bantuan dengan membawa si makcik tu, (dulu I kecik I panggil dia acik la kan…) pergi investigate ke KL kot2 laki dia main perempuan lain ke, dah nikah lain ke..wallahualam..tu dulu . makcik tu pun dah arwah…Jiran depan plak (Chinese) takde kereta , kalu uncle tu nk pergi pekan kajang bawak anak2, mesti pinjam kereta my dad. Sbb my dad ni baik. Lepas zaman pakai kereta secondhand, my mom nk sgt pakai kereta baru, masa tu, proton saga baru lps launched by dr Mahathir, So keluarga kitrg antara yg awal pakai kereta nasional. Plat no BCN, perh ingat lagi.


Bila time puasa, definitely exchange makanan. Pastu jiran akan balas balik. Best kan. Mlm raya, ada satu tahun tu our family tak balik kg, raya sini je, buat kuih time mlm raya sama2 dengan jiran, pastu tak tido sampai pukul 3 pagi. Dulu dulu kalu mlm raya mesti tido lambat. Korang sama tak? Part main bunga api pun heaven..best..meriah tak hingat. Meriah raya zaman sekarang tak sama dengan meriah dolu dolu..Mercun buatan sendiri pun ada. Tapi bukan I or abg2 i yg buat, ni bdk2 kampung yg berhampiran dengan kawasan kitrg yg main. Lepas je buka puasa, tak sabar2 nk keluar main. Pastu berasap je depan rumah dek kerana main bunga api. Bila bunga api dah abis, main lilin plak..Ada yg pasang pelita main pelita..



Time changed and people changed bila I dah masuk akil baligh. Mungkin dah ada sifat malu kot. Abg2 pun asik ejek I ni perempuan ganas, so time tu control dah sikit.masih lasak tapi taklah lasak sgt. Jalan depan rumah petang2 jadi sunyi jer. Anak jiran2 pun akil baligh sama. Tak main kat luar dah. My brothers plak after form 3 masuk asrama. I je yg tak dpt masuk asrama coz my mom tak kasi. Mak2 pun dah tak se friendly like dulu dulu mungkin factor usia duk dalam rumah jer. Anak2 membesar, dah dpt kerja bagus. Bila masuk millennium 2000, everything changed. Neighbors dah tak bertegur sapa, masing2 mengambil pendekatan tak nak amik tahu or tak nak jaga tepi kain orang. Jiran sebelah dulu main longkang sama2 , now dah jadi pramugari. Bole tahan jugak eksennya. Dah tak bertegur dah.. Dah dpt kerje bagus la katakan..hihi..(bunyi mcm jealous jer tuh). Bile I dah masuk matriks, semangat kejiranan dah takde. Masing2 buat hal sendiri. But fortunately hubungan dengan school mate masih utuh. Begitu juga dengan Uni mate, masih utuh lagi hingga ke hari ni walau ada yg dah beranak pinak. Now kan dah banyak gadget. Gadget2 canggih ni la yg membuat kan kita jadi kera sumbang. Menghubungkan yang jauh tapi yang dekat dilupakan..



Peringatan buat diri sendiri, I dengan jiran baru ni pun tak berapa nk kenal lagi. Orang sebelah nampak mcm tak keluar rumah. Kiri kanan keluar pegi kerja subuh2. balik kerja pulak dh nk malam. Ntah bila nk jumpe nya. I admit level of semangat kejiranan tu agak rendah kat kawasan rumah I. Well, that is life. Kita berjiran dalam blogland je lah.hehehe

No comments:

Post a Comment